Perkembangan Lotus F1

Ketua Pegawai Teknikal Lotus F1, Mike Gascoyne, mengesahkan team Lotus F1 sekarang berada satu minggu dihadapan jadual pembangunan jentera F1 mereka. Kata beliau lagi, perkembangan positif ini membantu menaikkan semangat pasukan untuk berusaha keras untuk menyiapkan jentera mereka sebelum bermulanya pusingan pertama di Bahrain pada 14 Mac depan.

Pasukan Lotus dikatakan mungkin dapat memulakan sesi ujian di Jerez pada 17th February ini.

Tidak sabar rasanya nak melihat salah satu lagi jentera F1 yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Malaysia Auto Drag Race 2010 (MADRACE)

Tahun 2010 akan menyaksikan satu lagi pertandingan sukan permotoran akan mengegarkan rakyat Malaysia. Malaysia Auto Drag Race 2010 (MADRACE) ialah sukan lumba drag yang sudah lama popular di Malaysia. Kali ini, sukan ini akan diadakan di 11 negeri di semenanjung Malaysia. Untuk peringkat awal, pertandingan ini akan dijalankan di Melaka, Kedah dan Perak. Seterusnya akan bergerak ke negeri lain.

Pertandingan ini akan diadakan selama 2 hari. Hari pertama untuk kategori motosikal dan skuter, manakala hari kedua untuk kategori kereta. MADRACE akan menguna pakai sistem kutipan mata dan akan menobatkan juara keseluruhan kategori masing-masing di pertandingan akhir yang akan dilangsungkan di Putrajaya.

Masuk adalah percuma. Dalam pada itu, siri jelajah MADRACE ini akan membawa jenama-jenama besar dalam dunia automotif . Jadi, orang ramai berpeluang menyaksikan perlumbaan serta melihat dengan lebih dekat produk-produk yang terbaru di pasaran yang ditawarkan oleh smart partners yang bersama-sama dengan MADRACE.

Apa yang pasti, MADRACE bakal mencatat sejarah sebagai sukan lumba drag yang terbesar pernah diadakan di Malaysia.

Malaysia Auto Drag Race 2010 akan bermula pada 13 & 14 March di Melaka.  Orang Melaka ! Tunjukkan jentera bawah 10 saat anda!

Untuk makluman semua, MADRACE dianjurkan oleh Zagner Communications Sdn Bhd dengan kerjasama MUSC Motorsports.